Sunday, 26 March 2017

Aktiviti & Acara


PERTANDINGAN MEMASAK SEMPENA FOOD SERVIVE DAY

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEMASAK

TARIKH: 04 OKTOBER 2017
TEMPAT : INTEKMA RESORT, SHAH ALAM
MASA : 09.00 HINGGA 11.00 PAGI

KATEGORI PENYERTAAN

1. Terbuka Pegawai & Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Pembantu Penyediaan
Makanan dan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
2. Penyertaan secara berkumpulan . ( 1 kumpulan : 2 peserta). Terhad kepada 10
kumpulan sahaja.
3. Peserta mestilah memiliki tubuh badan yang sihat dan bebas daripada penyakit
berjangkit.
4. Yuran penyertaan 1 kumpulan : RM50.00 . Bayaran boleh dilakukan secara atas talian
pada akaun Maybank NORUL SUHADA -162348528594. Sila sertakan slip bayaran
bersama penghantaran borang penyertaan.

TEMA
1. Setiap kumpulan hendaklah menyediakan hidangan mengikut tema yang disediakan
iaitu Healthy Extraordinary Asian Cuisine (Sajian Sihat Asia yang Luar Biasa)
2. Setiap kumpulan hendaklah menyediakan 2 (dua) jenis hidangan iaitu Main Course
(Hidangan Utama) dan Dessert (Pencuci Mulut).
3. Setiap hidangan hendaklah disediakan untuk 3 (tiga) set.
BAHAN, PERALATAN DAN TEMPOH PERTANDINGAN
1. Bahan dan peralatan TIDAK DISEDIAKAN. Bahan luar yang telah siap TIDAK
DIBENARKAN. Pihak penganjur hanya menyediakan dapur memasak, portable gas dan
tong sampah sahaja.
2. Kaedah memasak yang dicadangkan adalah mengukus, merebus, memanggang dan
menumis (saute)
3. Tempoh pertandingan adalah selama 2 jam.

SYARAT TAMBAHAN DAN PENJURIAN

1. Setiap kumpulan WAJIB menggunakan bahan misteri bagi hidangan Pencuci Mulut (
Dessert) yang telah disediakan penganjur pada hari pertandingan.
2. Kriteria penjurian akan dinilai dari segi ketepatan tema, kreativiti hidangan, rasa
makanan dan kebersihan.
3. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada penganjur
4. Keputusan juri adalah muktamad.

BORANG PENYERTAAN

1. Boleh didapati dengan memuat turun di http://foodserviceday2017.blogspot.my
2. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar melalui faks atau email ke alamat seperti
berikut :
Urusetia
Pertandingan Memasak Foodservice Day
Jabatan Dietetik dan Sajian
Hospital Umum Sarawak
93586 Kuching, Sarawak
(up ) Pn Norul Suhada
Faks : 082-276644
Atau di alamat Email : Suehada_aqilah@yahoo.com.
3. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi sekretariat pertandingan Puan Norul Suhada
(0193660911) atau Puan Fauziah Hanim (0187704353)

HADIAH
Hadiah Utama : Wang tunai RM 500.00 berserta sijil penyertaan
Hadiah Kedua: Wang tunai RM 300.00 berserta sijil penyertaan
Hadiah Ketiga: Wang tunai RM 150.00 berserta sijil penyertaan
*termasuk Hadiah Saguhati dan Sijil Penyertaan disediakan.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 25 Ogos 2017 (Jumaat) jam 10.00 pagi.

SILA DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MEMASAK DI SINI  

____________________________________


PERTANDINGAN UKIRAN BUAH BERSEMPENA SAMBUTAN KONFEREN HEALTHCARE FOODSERVICE DAY 2017


Pertandingan ukiran buah merupakan salah satu aktiviti yang bakal dipertandingkan bersempena sambutan konferen “Healthcare Foodservice Day” 2017. Aktiviti Seni ukiran buah (fruit carving) merupakan satu cabang seni dalam ilmu kulinari yang mengetengahkan daya kreativiti seseorang individu dalam menghasilkan hasil ukiran buah yang menarik dan mampu memberi impak yang positif dan berkualiti dalam industri perkhidmatan makanan.
Tentatif pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh: 4hb. Oktober 2017

Tempat : Intekma Resort Shah Alam
Masa : 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi

1.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN


a. Menyediakan platform bagi kepada semua yang berbakat dalam seni ukiran buah untuk mengambil bahagian

b. Berkongsi hasil kreativiti yang dipamerkan agar dapat menjadi pemangkin dalam komuniti untuk mencipta budaya kreatif dan inovatif.

2.0 SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN UKIRAN BUAH


1. Kategori Penyertaan

a. Terbuka kepada :
• Pegawai dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
• Pembantu Penyediaan Makanan
• Pelajar IPTA/IPTS
b. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta
c. Terhad kepada 10 kumpulan sahaja
2. Bahan dan Peralatan
• Bahan dan peralatanTIDAK DISEDIAKAN
• Bahan luar yang siap diukir TIDAK DIBENARKAN dalam pertandingan ini.
• Pihak penganjur hanya menyediakan sebuah meja jenis oblong dan 2 buah kerusi
• Masa yang diberikan adalah sebanyak 2 jam untuk menyiapkan ukiran serta hiasan tersebut.

3. Tema

• Tema mestilah berkonsepkan NOURISHING FLORA

4. Yuran Penyertaan

• RM 50.00 / Penyertaan setiap kumpulan. Bayaran boleh dilakukan secara atas talian pada akaun CIMB Mohd Shahrir – 7006747231.Sila nyatakan slip bayaran bersama penghantaran borang penyertaan.

5. Keputusan Pengadil Adalah Muktamad

• Setiap keputusan yang dibuat juri professional adalah muktamad

6. Borang penyertaan

• Sila muat turun borang penyertaan di laman ini atau di fb foodservice day atau dimuat turun di SINI . Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar melalui faks atau email ke alamat seperti berikut :

Urusetia

Pertandingan Ukiran Buah
Unit Dietetik dan Sajian
Hospital Labuan
P.O. Box 81006
87020 WP Labuan
(u/p) En. Mohd. Shahrir
Faks: 087-423928
Alamat email : nureen75@yahoo.co.uk


7. Hadiah Pertandingan

a. Tempat pertama akan menerima wang tunai RM 500.00
b. Pemenang tempat kedua akan menerima wang tunai RM 300.00
c. Pemenang tempat ketiga akan menerima wang tunai RM 200.00
*termasuk Hadiah saguhati dan sijil penyertaan disediakan

8. Tarikh Tutup Penyertaan

Tarikh tutup penyertaan adalah pada sehingga 8 September 2017 (Jumaat) jam 10.00 pagi.

9. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung di talian:

• 016-7514852 (En. Mohd. Shahrir bin Abdul Rais)

• 018-9174074 (En. Mohd. Afiq bin Abdullah)

__________________________________________________

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PERSATUAN



PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO
 BAGI PERSATUAN HEALTHCARE FOODSERVICE MALAYSIA
SEMPENA
SAMBUTAN KONFERAN HEALTHCARE FOODSERVICE DAY

Persatuan Healthcare Foodservice Malaysia berhasrat untuk mencipta logo yang menjadi identiti serta tanda pengenalan imej persatuan organisasi dan diguna pakai dalam kesemua aktiviti pameran atau percetakan dan dalam mana –mana acara atau majlis rasmi Kementerian                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              .
Penciptaan logo baru Persatuan Healthcare Foodservice Malaysia selaras dengan peranan serta halatuju baharu persatuan dengan berpandukan visi, misi dan objektif persatuan ini.
1.0 OBJEKTIF  PERTANDINGAN
  • 1.1 Mewujudkan logo baharu bagi menggambarkan “core business” sebenar Persatuan Healthcare Foodservice.
  • 1.2 Memberi peluang kepada semua ahli Persatuan Healthcare Foodservice untuk mengambil bahagian.
2.0 SYARAT PERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN BORANG PENYERTAAN
2.1 Syarat dan Terma  Pertandingan

a. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada:
·         Pegawai Penyediaan Makanan
·         Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
·         Pembantu Penyediaan Makanan
Individu atau berkumpulan

b. Peserta boleh menghantar hanya satu penyertaan sahaja.
c. Semua ciptaan mestilah ASLI dan tidak ditiru ATAU diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar Negara.
d. Semua logo yang diterima oleh UrusSetia Pertandingan Logo Persatuan Healthcare Foodservice Malaysia akan menjadi hak milik persatuan dan tidak boleh dikembalikan. Persatuan berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi persatuan.
e. Pemenang akan menerima hadiah tunai beserta sijil penyertaan.

2.2 Spesifikasi Reka Bentuk  Logo

a. Rekabentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsure atau elemen yang boleh dianggap sensitive dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasilkarya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.
b. Rekabentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam computer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk ‘softcopy’ menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.
c. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) keatas reka bentuk logo dan symbol serta warna yang digunakan.
d. Rekacipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetap itidak melebihi lima (5) warna.
e. Berciri gabungan moden dan futuristic mengambarkan kesihatan dan perkhidmatan makanan serta menggambarkan identiti, imej persatuan dan menggambarkan aspirasi persatuan untuk menjadi peneraju dalam bidang kesihatan dan perkhidmatan makanan Malaysia.
f. Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

2.3 BORANG PENYERTAAN

a. Setiap peserta hendaklah mengisi  
Borang Penyertaan yang disediakan.
b. Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas dibelakang hasil karya masing-masing iaitu :
  • Nama Penuh;
  • Kad Pengenalan;
  • Bahagian / Jabatan / Agensi;
  • Alamat Penuh; dan
  • NomborTelefon.
Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy sama ada melalui:
·         Pos DAN emel kealamat: foodserviceday2017@gmail.com (dalam format .ai dan .jpeg)
·         Penyertaan dibuka mulai 15 Mei 2017 (Isnin) hingga 15 Ogos (Selasa) 2017( jam10.00 pagi.
·         Sebarang penyertaan yang diterima selepas15 Ogos 2017 tidak akan dilayan oleh pihak urusetia.

Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Urusetia (U/P: En. Mohammad Farris Abd Ghafar)
Jabatan Dietetik Dan Sajian
Hospital Sultan Abdul Halim
Jalan LenconganTimur
08000 Sg. Petani
Kedah Darulaman

-Pastikan di sebelah atas kiri sampul tertulis ‘Pertandingan Mencipta Logo’.
- Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
3. METODOLOGI PENILAIAN
  • 3.1 Penilai akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima peserta yang menyertai pertandingan.
  • 3.2 Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap layout/design logo yang dihantar kepada Urusetia Pertandingan.
4. HADIAH PERTANDINGAN
  • 4.1 Hanya satu rekabentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah tunai dan sijil penghargaan sahaja.
5. PANEL PENILAI
·           5.1 Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dibentuk berasingan.
·    5.2 Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel    Penilai.
·  5.3 Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
·    5.4 Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda rekabentuk logo yang disertai sekiranya perlu.
·    5.5 Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hakmilik Persatuan Healthcare Foodservice Malaysia


6. HADIAH
  • 6.1 Johan akan menerima wang tunai RM500.00 beserta sijil penyertaan.
  • 6.2 Pemenang tempat kedua akan menerima wang tunai RM 300.00 beserta sijil penyertaan manakala tempat ketiga akan menerima wang tunai RM 200.00 beserta sijil penyertaan.
  • 6.3 Semua pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui telefon / surat atau email.
  • 6.3 Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan sempena Konferans Healthcare Foodservice Day
** Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung ditalian:
  • 013-3063346 (En. Farris Bin Abdul Ghafar);
  • 019-2371833 (Pn.Suhailah Binti Hamzah);
  • 012-8912760 (Pn. MaimunahBinti  Ali)
  • 013-3505736 (Pn. Rohana Binti Mohamad Hanapiah)











Tuesday, 21 March 2017

Monday, 20 March 2017

Pendaftaran & Penyertaan

Aktiviti Sepanjang Minggu Foodservice

Pengenalan Program

Assalamualaikum dan salam ukhwah kepada semua Pegawai Penyediaan Makanan , Pen Pegawai Penyediaan Makanan , Pembantu Penyediaan Makanan seluruh Malaysia , Sabah dan Sarawak.

Kita akan menyambut “National Healthcare Foodservice Week” !!

para profesional dalam perkhidmatan makanan dan penjagaan kesihatan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan pesakit kami. kita bergantung kepada kepakaran mereka  mereka untuk menyediakan dan mempersembahkan makanan yang berkhasiat , bermutu,  sedap dan halal. “National Healthcare Foodservice Week” adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada para individu yang berdedikasi dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memberi keselesaan kepada pesakit kami

Blog ini Di sediakan bertujuan sebagai platform sebaran maklumat , Promosi aktiviti aktiviti berkaitan Program National Healthcare Foodservice Worker DaY 2017.
layari Facebook rasmi untuk berita dan informasi terkini


National Healthcare Foodservice Week dicadangkan perlaksanaannya pada:

Tarikh: 3 dan 4 Oktober 2017
Tempat: Intekma Resort, Shah Alam Selangor Darul Ehsan

 Intekma Resort dipilih kerana  terdapat pelbagai kemudahan lengkap  serta sangat strtaegik lokasinya